Saturday, April 12, 2014

PELAJAR 15 TAHUN DIROGOL BERGILIR- GILIR ANGKARA "AYAT POWER" KASANOVA !!!




KUALA LUMPUR: Akibat terpedaya dengan ‘ayat power’ seorang kasanova baru dikenalinya kurang seminggu, seorang pelajar berusia 15 tahun dirogol bergilir-gilir sekumpulan tiga lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Permaisuri, di sini, Jumaat lalu.

Pakaian mangsa juga disembunyikan suspek dipercayai untuk mengelakkannya meninggalkan pangsapuri berkenaan.Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila pemilik rumah terbabit menjumpainya dalam keadaan bogel sebelum memberikannya pakaian dan menghantarkannya pulang ke rumah.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek adalah penyewa baru di pangsapuri itu yang turut tinggal bersama pemilik rumah itu.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam, apabila mangsa yang tinggal di Taman Maluri dijemput teman lelaki yang baru dikenalinya itu.Menurut sumber, mangsa bersetuju untuk keluar bersama kasanova berusia awal 20-an itu untuk menonton wayang lewat malam.

“Mangsa yang langsung tidak menyedari lelaki terbabit mempunyai niat buruk dan pelawaan untuk menonton wayang hanyalah satu perangkap,” katanya.

Ketika dalam perjalanan untuk ke panggung wayang, kasanova terbabit mendakwa terpaksa berpatah balik ke rumahnya di Bandar Tasik Permaisuri kerana tertinggal barang penting.

Sebaik tiba di tempat letak kereta pangsapuri terbabit, suspek mengajak mangsa naik ke rumahnya, namun ditolak pelajar malang itu.

“Mangsa terpaksa mengalah dan mengikutinya kerana suspek mendakwa di kawasan berkenaan banyak penagih dadah. Malah, suspek cuma meminta pelajar terbabit untuk tunggu di hadapan rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di hadapan rumah berkenaan, suspek menarik tangan mangsa dan membawanya masuk ke dalam bilik.

Berang dengan tindakan itu, pelajar terbabit menampar muka suspek menyebabkan dia dipukul kasanova itu sebelum dirogol.Nasib malang pelajar itu tidak berakhir di situ apabila rakan dua lagi rakan suspek berusia awal 20-an bergilir-gilir merogolnya.

Selepas ketiga-tiga suspek keluar, pemilik rumah pulang kira-kira jam 1 pagi, sebelum mendapati dia dalam keadaan bogel.Mangsa menceritakan kejadian buruk yang menimpanya kepada ibu bapanya sebelum dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Maluri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu, kes terbabit sudah dirujukkan ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.Sumber

Read more…

[ARTIS] Azharina Yang Lama Menyepi


Baru-baru ini tersebar gambar penyanyi yang semakin menyepikan diri dari industri hiburan tempatan iaitu Azharina Azhar, 28 tahun.
Azharina yang merupakan anak didik kepada komposer Julfekar ini tampil berpakaian seksi dan bersosial di kelab hiburan dengan rakan-rakannya yang lain.Penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang peguam yang berasal dari Kelantan iaitu Datuk Sukri, 55, pada 2007.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 2008.
Mungkinkah Azharina bakal membuat comeback dalam bidang nyanyian kerana suaranya memang mampu membuat bulu roma kita terangkat apabila apabila mendengarnya kan..

Sayang sekiranya bakatnya itu tidak diasah dengan sebaik mungkin.



Read more…

GAMBAR Kehidupan Bekas Isteri Tengku Temenggong Kelantan


Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak daripada itu, Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan peragaan di Indonesia. Terbaru, gambar-gambar Manohara yang asyik berparti telah tersebar di Internet.

Latar belakang Manohara

Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992) adalah seorang model Indonesia. Di usianya yang masih muda, tapi ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut Majalah Harper’s Bazaar. Manohara memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis, Indonesia serta berkewarganegaraan Amerika Serikat dan Indonesia.


Merupakan anak dari George Man (warga Amerika Syarikat) dan Daisy Fajarina (keturunan bangsawan Bugis) namun sudah bercerai, Ibunya kini sudah menikah dengan Reiner Pinot Noack yang berkebangsaan Perancis.


Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya malah tidak perasan gambar-gambarnya sedang diambil. Gambar-gambar beliau itu, telah menimbulkan sedikit kekecohan di Indonesia. Namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang gambar itu, dia mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit.

Berikut beberapa keping lagi gambar berparti beliau. - Anda tentukan asli ke tidak gambar ini...


Read more…

GAMBAR "Selfie" Tidur Yang Paling KANTOI!!


Kantoi tanpa di sedari cermin di belakang membuktikan kebenaran.











Share this article :

Read more…

[ARTIS] LINDA RAFAR Dibelenggu Penyakit Ketumbuhan Kronik.



Penyakit Ketumbuhan Kronik Di Hidapi Anak Lelaki Linda Rafar

Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik - Pelakon terkenal, Linda Rafar diuji dugaan hebat apabila anak keduanya, Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.

Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut di rumah.

Difahamkan, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berikhtiar mengubat penyakit anaknya sama ada melalui kaedah moden mahu pun tradisional. Malah dia baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk kegunaan anaknya itu selama 19 hari.


Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesempatan menggunakan alasan anak.

“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya.”

Read more…

[PENDEDAHAN] Kemusnahan Kota Suci Mekah


Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. 

Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!
 
Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan seramai mungkin orang yang masih tidur. 

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?! 

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya. 


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik. 

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan. 

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!
Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud” 

PERSOALAN DEMI PERSOALAN 
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”. 

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah? 

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?! 


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam? 

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
 

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah. 

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds. 


Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5. 

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah. 

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?! 

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan. 


Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?! 

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka). 

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita. 

*Bagi yang tidak keberatan untuk kongsi pengetahuan ini bersama orang lain, sila SHARE post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.
- TKO

Read more…

ANEH Gadis 21 Tahun Tak Pernah Ke Tandas Berseorangan


Seorang gadis cantik dari United Kingdom, Ney Decino (21 tahun) mengidap ketakutan aneh yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ia selalu merasakan ketakutan yang amat sangat apabila hendak ke tandas dan mandi serta buang air.

Ia merasa takut apabila tiba saatnya harus menggunakan tandas. Oleh kerana itu ia selalu merayu dan meminta anggota keluarganya untuk menemaninya ke tandas apabila sedang ingin buang air besar





Walau bilik mandinya selesa, Ney tetap merasa takut sendirian dalam bilik mandi
Bahkan saat buang air pun si Ney ini harus ditemani, bayangkan saja "kesengsaraan" orang yang menemaninya

Oleh kerana hal tersebut, Ney selalu mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumahnya, sehingga apabila ia harus buang air, ia boleh mencari orang yang boleh menemaninya di tandas. Aneh sekali.

Read more…

MAWAR FAREEDA Mohon Maaf



Semalam, isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dikecam teruk peminat kerana memuatnaik komen balas yang kedengaran seperti berlagak iaitu berbunyi "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri".

Komen tersebut dibuat bagi membalas status salah seorang peminat di laman facebook yang sebelumnya telah memberikan cadangan penambahbaikan rekabentuk tudung fareeda agar memenuhi syarat Islam dan dijual pada harga yang murah.

BACA KOMEN TERSEBUT DI- 

Mawar Fareeda Jawab Komen Isu Tudung Tiruan di Fan Page


Untuk itu, pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka dan turut memberitahu, fanpage facebook tersebut bukan dikendalikan oleh isteri Fizo Omar tetapi diurus oleh 5 admin lain.

Read more…

GAMBAR 5 Pulau Yang PALING Berbahaya Di Dunia


5 Buah Pulau Yang Berbahaya Di Dunia | Bercakap tentang pulau, ramai di antara kita terbayang sebuah pulau yang cantik,indah dan semestinya berkait rapat dengan percutian indah. Masakan tidak, pulau antara tempat destinasi yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin bercuti berbulan madu, bersama keluarga dan sebagainya. Namun tahukah anda terdapat pulau pulau di dunia ini yang mana anda tentu tidak mahu berkunjung ke sana ! Mengapa ya? Jom kita baca keterangan di bawah ini.

1. Snake Island ( Pulau Ular )


Terletak di Brazil, pulau ini mendapat nama Snake Island kerana didiami pelbagai jenis ular paling berbisa di dunia ! Orang ramai dilarang pergi ke pulau ini walaupun pulau ini sangat indah.

2. Poveglia Island


Pulau yang agak menakutkan ini terletak di Venice,italy. Kisah misteri bermula apabila pihak Rom memindahkan semua banduan ke pulau tersebut dan mereka semua mati serentak !

3. Ramree Island


Pulau yang dipenuhi dengan buaya air masin yang sangat berbahaya dan juga nyamuk pembawa malaria.

4. Gruinard Island


Pulau yang menjadi lokasi ekperimen anthrax dan senjata pada perang dunia ke-2. Eksprimen tersebut mengenai penggunaan bakteria dalam senjata.

5. Farallon Island


Tempat pembuangan sisa radioaktif dan juga sisa nuklear bertempat di san francisco !

Melayukini.net - Kalau sudah namanya pulau yang boleh memudaratkan kita, memang kita tidak akan menjejakkan kaki ke sanalah. Jika mahu pergi juga, itu adalah risiko yang kita perlu tanggung diri sendiri. Pulau-pulau yang disenaraikan di atas, cukup berbahaya dari segi fizikal dan mental.

Read more…

RM36.4 Juta Di Minta Untuk Gantikan Tebusan

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nota wang tebusan itu telah diterima dan pihaknya sudah menghantar wakil berjumpa dengan penculik untuk mengadakan rundingan.

Kuala Lumpur, 10 April
Wang tebusan sebanyak RM36.4 juta diminta oleh penculik sebagai syarat melepaskan tahanan yang dibawa lari dari Resort Singamata Reef, Semporna, 2 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nota wang tebusan itu telah diterima dan pihaknya akan menghantar wakil berjumpa dengan penculik untuk mengadakan rundingan
“Penculik dipercayai warga Filipina,” kata Zahid Hamidi. 

Mangsa penculikan, seorang pelancong China, Gao Hua Yuan, 29 dan seorang pekerja resort, Marcy Dayawana, 40 dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 10.30 malam. Wang tebusan diminta untuk Gao. 

“Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan tugas,” katanya. 

Zahid menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat dengan ahli majlis keselamatan, memperkemaskini aktiviti di zon berkenaan. 

“Dalam usaha ini, kita bekerjasama bukan sahaja dengan polis dan tentera tetapi turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim termasuk anggota angkatan tentera laut Filipina,” katanya.


Read more…