Wednesday, February 11, 2015

5 perkahwinan selebriti yang bertahan lama





Sempena minggu kasih sayang di MLP, kami menyenaraikan 5 perkahwinan selebriti yang masih bertahan dan kukuh walaupun telah menjangkau usia yang agak lama.

Siapa kata rumah tangga artis tak bertahan lama?

Ziana Zain & Armin Zaharin



Perkahwinan pasangan ini dirai cukup meriah dengan kehadiran hampir 10,000 peminat. Ziana memilih kenalan yang dikenalinya ketika sama-sama bertugas di awan biru yang juga (ketika itu) Ketua Pramugara MAS, Armin Zaharin Ahmad Zambri. Sudah hampir 18 tahun, perkahwinan pasangan ini masih utuh dengan kehadiran 4 cahaya mata.

Dato' M.Nasir & Datin Marlia Musa



Selepas pemergian arwah isterinya, ramai juga yang ternanti siapa yang akan berjaya menambat hati lelaki yang disifatkan sebagai cukup 'berseni' ini. Perkahwinannya dengan aktres Marlia Musa agak mengejutkan. Sudah 15 tahun bersama, pasangan ini bahagia di samping anak perempuan, Suci Musalmah, selain lima lagi anak hasil perkahwinan pertama M.Nasir.

Rashidi Ishak & Vanidah Imran



Cinta pandang pertama yang manis bagi pasangan pelakon ini. Hanya selepas dua minggu berkenalan, Rashidi melamar Vanidah dan mereka berkahwin pada 1 Oktober 2000. Rumah tangga yang terbina kukuh itu diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Mikail dan Maryam.

Juliana Banos & Mokhtar Ahmad



Siapa boleh lupa jumlah hantaran yang diterima bekas Dewi Remaja ini yang disifatkan antara yang tertinggi dalam sejarah? Mokhtar yang juga orang besar Mutiara Motors menghadiahkan wang hantaran berjumlah RM77,888.77 kepada Juliana. Genap 10 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Seri Khalid Muhamad Jiwa



Tatkala penyanyi kesayangan ramai ini memilih lelaki yang jauh lebih berusia sebagai suami, ramai yang tidak puas hati. Namun yang nyata, Siti tampak bahagia di samping Khalid, malah cukup selesa mendampingi empat orang anak tirinya. Masuk tahun ke-9 sebagai suami isteri, pasangan ini masih menanti rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.