Monday, February 02, 2015

Inilah Majalah Charlie Hebdo Yang Mengundang Kemarahan Umat Islam



Charlie Hebdo adalah sebuah Majalah / tabloid mingguan yang diterbitkan di Perancis, isi majalah ini menjual kontroversi dengan alasan kebebasan bersuara tanpa mengindahkan norma jurnalist yang sepatutnya dijunjung tinggi.

 Majalah ini sering memuatkan kartun-kartun provokasi yang membangkitkan kemarahan banyak pihak untuk meningkatkan prestasi jualannya.

Islam, dijadikan agenda tersendiri bagi majalah ini, oleh kerana itu Charlie Hedbo sering memuatkan karikatur Nabi Muhammad dengan berbagai persendaan yang dilakukannya. 

Hasilnya, seperti yang diperoleh pada tahun 2006, kerana kartun mempersendakan Nabi Muhammad, majalah ini mampu meningkatkan rating Charlie Hebdo hingga terjual lebih dari setengah juta naskhah, yang kebiasaanya hanya 55 ribu naskhah sahaja per minggu.

Tahun 2011, majalah ini kembali melakukan perlecehan terhadap Islam dan diulangi lagi pada tahun 2013 yang lalu dengan menerbitkan sebuah tabloid setebal 64 halaman yang mengandungi karikatur tentang kehidupan Nabi Muhammad. 

Dalam edisi ini Pemimpin redaksi, Stephane Charbonnier, yang turut terbunuh dalam tragedi berdarah 7 Januari 2015 lalu berkata, "Jika anda ingin merasa terhina, maka anda akan merasa terpukul ketika membuka dan membaca edisi ini." Berdasarkan ucapan pemimpin redaksinya, tentu anda boleh bayangkan apa isi dari majalah tabloid tersebut.

Berikut ini kami memuatkan beberapa contoh yang ambil dari beberapa sumber. Gambar ini kami "blurkan" untuk mengelakkan fitnah.