Monday, February 02, 2015

Anak Awie Dakwa Rozana Menipu





Puteri Aleeya Antasha iaitu anak sulung hasil perkahwinan terdahulu Awie dan penyanyi Arni Nazira menyangkal dakwaan ibu tirinya, Rozana Misbun yang dikatakan memberi kenyataan palsu kepada pihak media.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan ibu tirinya itu, Aleeya telah memuat naik status di laman Facebook dan menjelaskan bahawa ayahnya seorang yang bertanggungjawab.

“Ini semua menipu semata-mata! Yes, memang dia ada yang mandikan adik-adik saya Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha dan siapkan baju mereka, beri makan dan minum tetapi bukan ibu malah orang gaji yang siapkan semuanya.

“Bukan sahaja orang gaji, kadang-kadang saya dan adik saya, Aleefa yang siapkan mereka. Saya tak kisah dengan hal itu kerana seorang kakak seharusnya bertanggungjawab terhadap adik-adik tetapi tanggungjawab ibu lebih penting,” tulis Aleeya.



Awie bersama anak-anaknya.

Awie dan Rozana dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Vokalis kumpulan Wings itu turut mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Tambah Aleeya, Rozana jarang memantau kerja sekolah anak-anaknya dan sekali pun tidak pernah memantau buku sekolah dua anak tirinya yang lain iaitu Aleefa dan Aleeya. Dia turut mendakwa Rozana sering berjaga malam kerana melayan telefon.

Remaja berusia 15 tahun itu menjelaskan bahawa ayahnya seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal persekolahan anak-anaknya.

“Saya pantang betul kalau orang tuduh ayah saya benda yang ayah saya tak buat! Setiap hari persekolahan, ayah saya akan pastikan anak-anaknya tidur serta memastikan barang persekolahan semuanya lengkap.

“Selain ayah, ibu saudara saya juga akan memantau kami menyiapkan kerja sekolah serta melayan adik-adik saya membaca buku dan sebagainya,” tulisnya lagi.

Dia turut menegaskan bahawa ayahnya tidak bersalah dan Aleeya juga sanggup menjadi saksi di mahkamah bagi pihak ayahnya.



Status yang dimuat naik Aleeya di laman Facebooknya.