Tuesday, March 10, 2015

Gambar Diana Danielle Tampil Untuk Cover Majalah Esquire Malaysia hanya memakai Bra




6 Gambar Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia.. Majalah Esquire telah menampilkan Diana Danielle sebagai cover girl bagi isu bulan ini dengan imej yang agak seksi.

Diana Danielle telah berkongsi kisah bagaimana permulaan kariernya di mana beliau lebih selesa memilih karya yang betul-betul berkualiti bagi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek.

Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut berkongsi kisah kesukaran hidup keluarganya sehingga ada suatu ketika, ibunya iaitu Norsiah Ramli terpaksa menjual rumah bagi terus hidup.