Showing posts with label Bollywood. Show all posts
Showing posts with label Bollywood. Show all posts

Monday, September 15, 2014

GAMBAR - Jom Lihat Kejelitaan Anak Dan Bini Pelakon "Mr Bean" Yang Membuatkan Anda Tak Kelip Mata!!





Rowan Atkinson, pelakon yang sangat dikenali ramai dalam peranan sebagai Mr Bean. Rowan Atkinson atau "Mr Bean" mempunyai anak perempuan yang sudah beranjak remaja dan cantik rupawan. Tidak seperti ayahnya, Lily Atkinson mewarisi wajah sang ibu, Sunetra Sastry. Lily mula menarik perhatian media selepas beliau mendampingi ayah "Rowan Atkinson" dalam tanyangan perdana Johny English Reborn di London, 2011.

Ketika itu, Lily yang baru berusia 16 tahun dan tampil menawan dengan mengenakan kasut boots dan baju pendek. Rupanya Lily mengikuti jejak ayah di dunia seni lakonan. Pada 2004, beliau yang tampil dalam filem keluarga berjudul Tooth. Tiga tahun kemudian, Lily turut belakon bersama Rowan Atkinson dalam filem Mr Bean 's Holiday. Sejak saat itu, Lily sudah mula jarang terlibat dalam pembabitantan dalam dunnia pefileman. Dia kembali muncul di hadapan awam dalam acara Goodward Festival pada Jun lalu bersama sahabatnya, Lord Settrington.

Rowan Atkinson (59 tahun) mempunyai dua orang anak dengan isterinya "Sastry", Lily dan Benjamin yang kini berusia 20 tahun. Atkinson dan Sastry berkahwin pada 1990 dan berpisah pada Februari lalu. (News)

Read more…

Thursday, October 18, 2012

Potongan Badan Aishwarya Rai Yang Baru


NEW DELHI - Pelakon Bollywood terkenal, Aishwarya Rai kelihatan langsing ketika dia menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-180 jam tangan jenama Longines di sini semalam.

Dia yang juga duta produk tersebut membuat penampilan dengan mengenakan gaun hitam Dolce & Gabbana selain menyarung jaket pendek yang menampakkan potongan badannya yang baharu.

Sebelum ini, pelakon jelita itu pernah menjadi perhatian umum apabila dia mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak perempuan sulungnya, Aaradhya yang berusia 11 bulan.

"Perkara itu (berat badan) tidak pernah menjadi isu kepada saya. Jika berat badan saya menjadi isu, saya akan menyamar," katanya yang dipetik portal berita NDTV.com.

Pada 25 Mei lalu, tubuhnya kelihatan gemuk ketika dia menghadiri Festival Filem Cannes di Cannes, Perancis.

Rai, 38, mengakui dia teruja dengan kehidupannya sebagai seorang ibu.

"Saya berasa bertuah kerana dapat meluangkan banyak masa untuk menguruskan anak," katanya.

Rai turut menjelaskan, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan anaknya itu daripada pihak media.

"Apabila anak bersama saya, saya akan bertindak mengikut naluri keibuan. Jika anak saya membuka mata atau terkejut, saya akan cuba melindungi dia. Ia tidak bermaksud saya mahu menjauhkannya (daripada mendapat liputan media)," ujarnya yang pernah mendapat gelaran wanita tercantik di dunia.

Rai berkata, dia turut mendapat beberapa tawaran untuk berlakon.

Bagaimanapun, dia masih meneliti skrip filem yang ditawarkan kepadanya.

Rai berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan pada 2007. - Agensi

Read more…