Tuesday, November 06, 2012
- In: artis malaysia
- Posted By: Anonymous
Chef Wan Wartawan "Piranha".
Chef nombor satu Malaysia, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mengelar pihak media seperti seekor Piranha yang seringkali mengejar cerita panas kisah rumah tangga artis.
Dipetik dari laporan mStar, Chef Wan tidak mahu mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku terhadap anak lelakinya Chef Riz dan isteri Ana Dahlia.
Chef Wan ambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu pihak media dan orang ramai menyalah erti kenyataanya kelak.
"Berdiam diri adalah cara yang terbaik untuk masalah ini. Saya tidak mahu mengulas lanjut isu ini kerana bukan rumah tangga saya. Ini mereka punya masalah, kenapa kamu (Media) yang sibuk tanya saya?" ujar Che Wan menerusi khidmat pesanan ringkas yang dihantar.
Ujar Chef Wan lagi, beliau memang tidak mengamalkan sikap keterbukaan didalam menceritakan kisah rumah tangga kepada umum apatah lagi media. Oleh yang demikian dia turut menyuruh anaknya dan juga menantunya mengambil alternatif yang sama agar berdiam diri.
"Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?
"Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen," tegasnya.
Walaubagaimanapun, Chef Riz telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa kini rumah tangga yang dibina kini bergolak.
Ana Dahlia dikatakan telah bersikap curang dan dikatakan telah memohon proses perceraian baru-baru ini.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011.
Sebelum berkahwin dengan Riz, Ana merupakan seorang janda namun tiada anak.