Ujar pelakon yang berusia 19 tahun ini, jika suatu hari nanti dia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang berusia dan sudah mempunyai isteri, dia sanggup hidup berpoligami asalkan lelaki tersebut bersikap adil dan jujur.
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi berkata, dia cukup tertarik dengan karakter ahli politik, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang padanya cukup seksi dan matang.
Alasan Melia apabila memberitahu dia tidak kisah hidup bermadu adalah kerana katanya pada zaman sekarang ini sukar untuk bertemu dengan lelaki yang jujur.
"Daripada dia tipu belakang kita, baik kita tahu awal-awal. Biarlah dia bersikap jujur dengan keterbukaan kita di dalam isu sensitif seperti ini."
Tambah Melia lagi, hidup bermadu ini seronok kerana tinggal sebumbung dan dia percaya lelaki akan ada lebih dari seorang yang dia cintai.
Walaupun Melia bersikap terbuka mengenai isu berpoligami, namun dia tidak gemar mendekati mereka yang sudah berkahwin walaupun berstatus Datuk.
Tambahan pula emak Melia seringkali berpesan agar jangan dekati ataupun melayan mereka yang sudah berkahwin walaupun ada juga yang cuba mendekati Melia.
"Ada juga mereka yang ada pangkat ini cuba untuk dekati saya, namun saya tak layan kerana dengar dengan apa yang emak saya selalu pesan."
Sementara itu, Melia terkilan apabila kini dia sukar mendapat tawaran berlakon selepas insiden video bogelnya sebelum ini, namun bersyukur apabila pihak Primeworks Sdn Bhd telah melamarnya untuk berlakon dalam sitcom komedi "Panik".
"Panik" turut dibarisi Ika Nabila, Jufri Rayyan William, Ezany Nizariff, Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang diterbitkan sebanyak enam episod ini akan disiarkan pada setiap hari Rabu bermula 5 Disember depan, pada pukul 8.30 malam di ntv7.