Saturday, March 08, 2014
- Posted By: Anonymous
Kisah Tasik Pelik Bewarna Merah Jambu
Kisah Tasik Pelik Bewarna Merah Jambu Pastinya amat pelik lah kalau tasik bewarna merah jambu kan. Hari ni admin kongsikan cerita menarik atau kisah tentang tasik yang bewarna pink ini. baca selanjutnya
Kisah Tasik Pelik Bewarna Merah Jambu
Nama tasik ini adalah Tasik Hillier, sila berkunjung ke sana jika anda jalan-jalan ke Australia, di Middle Island, Australia Barat. Keunikan Tasik Hillier adalah warna airnya yang merah muda. Di sekeliling tasik, masih ada hutan-hutan dengan dedaunan hijau yang segar. Tasik ini kelihatan sangat cantik jika anda melihatnya ketika melintasi dengan kapal terbang.
Sebagai tasik yang terbentuk secara semula jadi, dianggarkan warna merah muda Danau Hillier terjadi kerana ada bakteria halofilik merah dan kerak garam. Warna merah ini bukan pantulan atau warna dasar tasik. Jika anda mengambil airnya, maka air itu berwarna merah muda, mirip warna sirap.
Tasik Hillier pertama kali ditemui pada tahun 1802 dalam keadaan belum terjamah oleh manusia. Peredaran masa, tasik ini semakin ramai dikunjungi manusia dan menjadi salah satu objek pelancongan alam bagi para pelancong yang datang ke Australia.
Nota : Sememangnya ini bukan edit. Ini salah satu kebesaran Allah dan mungkin tasik ini hanya 1 sahaja di dunia yang bewarna pink. Apa komen anda ? Cuba kongsikan pada admin