Monday, March 10, 2014

#MH370 : Lelaki di Kelantan dakwa nampak cahaya menjunam



Seorang peniaga dari Ketereh mendakwa terlihat cahaya cerah berwarna putih yang dipercayai dari sebuah pesawat, menjunam pada kelajuan tinggi ke laut kira-kira jam 1:45 pagi , di hari hilangnya pesawat penerbangan MH370 dari KL ke Beijing awal Sabtu lalu.

Gambar NST
Dia mendakwa terlihat cahaya tersebut dari pintu belakang rumahnya yang bergerak ke arah laut menghala ke Bachok dari rumahnya yang disebut sebagai pelik.

"Selalunya pesawat yang melalui laluan di sini menggunakan laluan yang tetap tetapi pesawat yang ini tidak mengikuti laluan tersebut".

Beliau yang mendakwa melihat cahaya putih itu selama 5 minit sebelum cahaya tersebut menjunam.

Namun dia tidak dapat memastikan adakah ianya pesawat memandangkan tiada kerdipan cahaya merah yang kelihatan. Dia yang tidak mengendahkan hal tersebut masuk tidur selepas itu.

Hanya setelah mendegar khabar hilangnya pesawat MAS di radio, Alif Fathi Abdul Hadi, 29, berbincang dengan ahli keluarga yang menyarankannya untuk membuat laporan.

Sumber : http://networkedblogs.com/UCtFI