Shaharuddin Thamby dan Nor'Aini sah bercerai - Pelakon veteran terkenal, Shaharuddin Thamby, 57, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nor'Aini Muhammad, 52, pada jam 9.00 pagi Isnin lalu di sebuah Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.
Berita penceraian ini diceritakan sendiri oleh kenalan pasangan Shaharuddin dan Nor'Aini kepada Syed, wartawan utusan. Katanya, pihak media tidak diberitahu dan proses cerai tersebut hanya dihadiri beberapa ahli keluarga yang menemani mereka.
"Rasanya ramai yang masih ingat kejadian tahun 2011 yang membuatkan nama pasangan ini popular. Bukan apa, masing-masing terkejut apabila wartawan serbu hari mereka masuk mahkamah.
"Kecoh juga ketika itu apabila ke semua orang media dihalang membuat liputan kes atas permohonan isterinya, Nor’aini Muhammad yang mahu proses tersebut dijalankan secara tertutup.
"Tapi ketika itu mereka tak jadi bercerai dan menarik kembali kes tersebut memandangkan Shaharuddin sendiri tak rela untuk berpisah. Nampaknya mereka masih tak dapat nak menyelamatkan rumah tangga tersebut.
"Mereka pun bukan kali pertama berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. Rasanya banyak kali juga naik turut pejabat agama satu ketika dahulu untuk menjernihkan keadaan."
Mengikut fakta kes lama, Nor'Aini Muhammad pernah menfailkan penceraian terhadap suami pada April 2011 namun permohonan cerai itu ditarik balik dan mereka tidak jadi bercerai. Tidak sangka pula mereka bercerai tahun ini.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah bernikah pada tahun 1978 dan dikurniakan tiga anak sepanjang 36 tahun hidup bersama.