Walaupun tiada salahnya berbuat demikian kerana mereka adalah pasangan suami isteri, namun terdapat juga pendapat lain yang mendakwa gambar tersebut kurang wajar dikongsikan untuk tatapan umum.
Diana pula memberi komen balas dengan menjelaskan dia hanya duduk di sebelah Farid dan tiada apa yang salah dengan gambar tersebut.
Foto mesra Diana Danielle dan Farid Kamil
Nampaknya, bukan Diana seorang sahaja yang cuba berkongsi kebahagiaan suami isteri dengan khalayak ramai, hari ini Rozita Che Wan juga dilihat mengikut jejak langkahnya.
Beberapa jam yang lepas, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik sekeping foto bersama Zain yang tidak berbaju sedang berbaring di atas katil berlatar-belakangkan kelopak bunga mawar berbentuk dua hati.
Menerusi ratusan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Che Ta di laman sosial berkenaan, ada yang seronok melihat pasangan suami isteri itu bersikap romantis terhadap satu sama lain. Bagaimanapun, ada juga yang menasihati agar tidak terlalu mendedahkan perihal rumahtangga kepada umum.
Difahamkan, Che Ta dan Zain sedang bercuti atau mungkin sahaja mereka menikmati bulan madu untuk kesekian kalinya. Bahagianya jadi Che Ta, walaupun sedang hamil tetap dimanjakan suami dan dilayan bak puteri.