Melalui rakaman itu, pegawai kastam terbabit dilihat enggan diperiksa ketika berada di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Dia kemudian menampar telinga pengawal keselamatan itu sebelum menunjuk lencana dipakainya. Pengawal keselamatan terbabit kemudian membongkok meminta maaf.
Dimuat naik Isnin lalu, ia menarik lebih 5,000 komen orang ramai yang marah terhadap insiden berkenaan sehari kemudian.
Kastam Thailand berkata, pegawai terbabit - dikenali hanya dengan nama Sombat - kini ditugaskan untuk melakukan kerja pejabat.