Namun, apabila diselidiki rupa-rupanya memang terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar menggunakan nama Siti Nurhaliza di laman Facebook dan berkongsi status yang menghina dan mengutuk rakyat Palestin
Siti Nurhaliza telah menjelaskan menerusi akaun Instagram miliknya bahawa dia mengecam serta tidak akan menghalalkan tindakan individu terbabit.
“Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.
Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini,” katanya.