Nenek Masak Ikan Arowana Berharga RM228000 Ketika Cucu Keluar -Seorang ahli perniagaan Cina yg pulang dari outstation terduduk apabila mengetahui ikan arowana kesayangannya telah dimasak oleh neneknya.
Arowana Asia atau ikan naga, merupakan ikan hiasan yg popular di kalangan masyarakat Cina terutamanya, dan bergantung kepada jenis dan coraknya, ikan ini boleh dijual di Singapura dengan harga $88,888 (RM228,000) atau lebih.
Ikan yg boleh membesar sehingga 1 meter panjang dan berdiet serangga dan ikan kecil, dipercayai membawa tuah kerana persamaannya yg seakan naga - haiwan mitos kepercayaan masyarakat Cina.
Menurut sumber, Wang yg menetap di Bandar Kunming di Yunnan, China tinggal bersama bapa serta neneknya.
Wang merupakan peminat ikan akuarium dan membela banyak ikan hiasan di rumahnya, tapi neneknya kurang meminati hobinya yg beranggapan ianya perbuatan yg membazir kerana kesemua akuarium itu perlu kerap ditukar air bersih.
Dan ketika cucunya itu keluar outstation untuk tempoh yg lama, neneknya mengambil peluang memilih yg paling cantik untuk dimasak stew.
Cucunya yg pulang selepas itu terkejut ikan arowana miliknya telah hilang dan hasil soal siasat neneknya mengaku telah menjadikannya hidangan.
Neneknya mengakui rasanya amat sedap.
INFO: Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon(naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.