Monday, March 02, 2015

Gambar Dieksploitasi, Nora Danish "Takut" Keluar Rumah



Pelakon cantik, Nora Danish menjelaskan penyebaran video yang mengeksploitasi wajahnya, baru-baru ini membuatkannya berasa takut untuk keluar rumah.

Jelas Nora, selepas penyerbaran video tersebut dia lebih berjaga-jaga dan menghabiskan banyak masa di rumah. Jika ada sebarang urusan penting, Nora akan keluar ditemani oleh ahli keluarga atau pun teman rapatnya.

"Kes itu memang memberi perasaan takut sehingga saya tidak berani untuk keluar rumah dan sekiranya perlu berbuat demikian saya akan pastikan ada orang menemani saya.

Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu, empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka mengancam untuk menyerang mahkamah pada 18 Februari ini pada pukul 11.30 malam.