Monday, March 02, 2015

Shae Kini Semakin Popular di "Indonesia"

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa malu untuk mengakui popularitinya di Indonesia tidak sehebat seperti mana di negara ini. Namun, sekarang ini setelah beberapa bulan berjuang, nampaknya usaha Shae menampakkan sedikit impak di mana nama beliau dikenali ramai.

Apabila dikatakan tidak terkenal, Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, berkata, dia rasa tidak tertekan dengan hal itu kerana menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya.




“Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan. Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan.”

Pada September tahun lalu, Shae hadir ke Malaysia bagi menerima penghargaan atas penjualan single Sayang yang terjual melebihi 1 juta unit secara digital dan pada minggu lalu, Shae kembali hadir untuk pelancaran lagu Rindu bersama Nukilan. Tampak sedikit perbezaan, kini muzik Shae makin diterima ramai oleh peminat di sana.

Dalam pada itu, Shae bagaimanapun berkata, peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya itu semakin rancak dimainkan di radio. Jelas Shae, sebagai penyanyi baharu dia perlu berusaha gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutamanya di Indonesia.