Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, September 15, 2014

MANUSIA KEJAM!! Beri Dadah Kepada Lembu Sebelum Dilapah dan Dipotong Hidup - hidup Di Kelantan (3 GAMBAR)

Sedih tengok apa yang berlaku seperti dalam gambar diatas, sungguh kejam mereka-mereka yang melakukan kekejaman terhadap binatang ternakan seperti lembu ini.

Jika benar dakwaan dari komen Facebook dibawah, memang segelintir manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kemanusiaan. Bahkan boleh dikatakan mereka ini lebih teruk dari binatang.



Cuba bayangkan betapa sakitnya lembu ini kerana tiga kakinya dipotong dan dilapah tanpa disembelih. Dikatakan, sebelum perkara terkutuk itu dilakukan, ia disembur dengan racun serangga supaya mamai.

Dah la tu mencuri, pergi pulak seksa binatang. Apa dosa binatang ni sampai kena macam ni? Jelas hati mereka ini sudah hitam diliputi kebendaan duniawi.


Berdasarkan satu komen, perkara ini berleluasa di Kelantan dan orang ramai dinasihatkan tidak membeli daging lembu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.


Penulis ada bertanya kepada beberapa rakan di Kelantan mengenai perkara ini, dan menurut mereka, perkara ini berlaku di beberapa kawasan disana.

Menurut salah satu dari mereka, satu kejadian berlaku dimana hanya satu kaki sahaja yang sempat dipotong, dan ketika lembu itu dijumpai, ia masih hidup dan dalam keadaan terkebil-kebil kesihan.
Ditanya mengapa kaki sahaja yang diambil, mereka berkata, ia kerana bahagian kaki lembu yang paling mahal. Bahagian kaki sahaja berharga RM 40 manakala bahagian paha pula, RM 20~ RM 40 sekilo mengikut kematangan lembu. Dasyat manusia ni. Credit SiakapKeli.com

Read more…

Wednesday, September 10, 2014

TERKINI!! Wajah Rakyat Malaysia kedua Syahid di bumi Syiria selepas AsSyahid Abu Turab (6 GAMBAR)

Abu Muhajir Rakyat Malaysia kedua Syahid di bumi Syiria selepas AsSyahid Abu Turab, admin mengucapkan takziah kepada keluarga Abu Muhajir dan umat Islam lainnya di atas perginya saudara kami Abu Muhajir rahimahullah menghadap Allah Taala dalam keadaan berjihad fi sabilillah.

Kami berdoa semoga AsSyahid Abu Mujahir rahimahullah tergolong dalam golongan para syuhadak yang berjihad fi sabilillah dan hidup menerima nikmat yg berterusan.



Beliau merupakan mujahidin warganegara Malaysia yg kedua Syahid di bumi Syiria selepas AsSyahid Abu Turab. Beliau baru berumur 21 tahun tetapi mencintai kehidupan akhirat.

In sha Allah beliau akan bahagia bersama para bidadari syurga. Beliau berasal dari mahang kedah. Alfatihah salam takziah untuk keluarga beliau. Credit fb Pencinta Pencipta

Read more…

Monday, September 17, 2012

Bandar Yang Bakal Tenggelam Di Malaysia Pada Tahun 2020!!





Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Read more…