Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, October 07, 2014

GILA!! Chef Masak Dan Makan Daging Kekasihnya Dalam Periuk Sebelum Bunuh Diri (4 GAMBAR)



Seorang tukang masak mengerat dan memasak kekasihnya sebelum mengambil tindakan drastik membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri.

Pihak polis dipanggil untuk memeriksa apartmen milik Marcus Volke, 28, semalam selepas jiran mengadu terhidu bau busuk seperti daging reput.

Namun mereka terkejut apabila menemui bahagian anggota badan Mayang Prasetyo sedang dimasak di dalam periuk.

Bahagian lain badan Mayang - seorang pondan pelacur - ditemui dalam tong sampah.

Sementara itu, satu lagi mayat dipercayai Volke ditemui di dalam tong sampah besar di lorong di luar bangunan apartmen berkenaan, dipercayai kerana membunuh diri.

Menurut polis, Volke melarikan diri melalui pintu kaca di balkoni apartment itu selepas polis mengetuk pintu kediamannya sebelum menyorok di lorong berkenaan dan mengelar lehernya.



Pasangan itu baru berpindah ke apartmen mewah di Teneriffe beberapa bulan lalu.
Menurut jiran, mereka kerap bertengkar sehingga seminggu lalu.

Volke dan Mayang berkenalan ketika kedua-duanya bekerja sebagai tukang masak di kapal pesiaran antarabangsa.

Ibu Volke, Dorothy berkata, anaknya itu baru pulang ke Australia.

“Dia nampak gembira dan sudah membuat perancangan untuk menyambut Krismas bersama kami.
Semuanya kelihatan biasa saja,” katanya.

Sementara itu, penduduk bangunan berkenaan Courtney Reichart berkata dia terhidu bau busuk pada Rabu lalu yang semakin hari semakin teruk.

“Malah ketika keluar pada Sabtu lalu, saya terkejut kerana baunya terlampau kuat dan busuk menyebabkan mata berair dan hampir muntah.

Baunya seperti ada daging yang dibiarkan di luar sehingga reput.

“Kasihan mangsa, entah berapa hari mayatnya dalam keadaan begitu dan kami semua tidak terfikir untuk memeriksa, sekadar hati terdetik ada sesuatu tidak kena namun siapa sangka rupanya ini yang berlaku?” katanya, semalam. HM

Read more…

Monday, September 29, 2014

[VIDEO] TERKINI!! VIDEO PENCURI DIBELASAH ORANG AWAM HINGGA MATI DI PULAU PINANG SEMALAM!!


BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana amencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.
"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.




Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

Read more…

Friday, September 19, 2014

8 Orang Yang Merakam Saat Terakhir Sebelum Membunuh Diri di Laman Sosial

Satu hal yang tidak dapat ditolak dari kehidupan, iaitu kematian itu sendiri. Tapi tidak semua yang mati dalam keadaan yang elok, seperti kemalangan, penyakit, bunuh diri atau dibunuh. Tapi ada juga sesetengah orang yang suka menunjukkan saat-saat terakhir sebelum bunuh diri dengan memuat naik status berunsur mati di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau laman Isntagram.

Berikut merupakan 8 orang yang membunuh diri dan memuatnaik peristiwa sebelum membunuh diri di laman sosial.


1 Posting Instagram Sebelum Bunuh Diri



\


"Setelah aku mati, aku akan menghantuimu siang dan malam. Aku tidak akan pernah meninggalkanmu lagi." - jojotsai1012


"XOXO Aku Mencintaimu." - jojoTsai1012
XOXO Aku Mencintaimu. - jojotsai1012
XOXO Aku Mencintaimu. - jojotsai1012


"Biarlah semua terbakar, agar semua benda ini melayang seperti debu di udara" - jojotsai1012



Dalam gambar di atas, tidak ada keterangan apapun. Namun dipercayai dari tingkap inilah @ JojoTsai1012 melompat bunuh diri.



Seorang gadis Cina dengan akaun Instagram jojotsai1012 memuat naik beberapa gambar saat-saat terakhir dengan pesan kehidupan dan kematiannya Instagram. Keesokan harinya dia ditemui di atas simen parking dan disyaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat i rumahnya selepas disiasat dia memuat naik gambar sedang duduk di verandah rumahnya dengan kaki menjuntai ke bawah.

Sebelum bunuh diri, gadis itu menulis, "Saya akan mengantuimu siang dan malam setelah saya mati," Telah diketahui bahwa gadis itu telah menulis pesan yang misteri dua minggu sebelum kematiannya setelah kecewa kerana ditinggalkan kekasihnya.

2 Bunuh Diri di Depan Webcam

Abraham Biggs K adalah remaja berumur 19 tahun dari Florida, Amerika Syarikat. Dia bertindak membunuh diri dengan menelan ubat penenang secara berlebihan. Gila, Biggs melakukan tindakan itu secara langsung melalui webcam Justin.tv pada November 2008.

Secara terbuka Biggs telah mengundang semua orang untuk menonton video secara langsung dia membunuh diri. Bahkan, awalnya beberapa orang tidak peduli dan menganggap itu semua hanya lakonan dan memberi komen bernada penghinaan. Biggs terus merakam saat menelan banyak ubat sehingga polis bertindak memecah masuk rumahnya dan masuk ke kamarnya. Tapi sayangnya ketika itu Biggs telah mati dengan disaksikan orang ramai secara langsung di webcam.

3 Bunuh diri di Youtube

Insiden ini berlaku pada Februari 2014 yang lepas. Dimulai ketika video yang dimuat naik ke Internet menunjukkan Abdul Waheed Majid sedang melakukan bom bunuh diri di Syria.
Dalam video yang tersebar di Youtube, Majid dilihat ada membawa trak yang berisi bom kemudian merempuh dinding penjara hingga meletup.

4. Mengumumkan Bunuh Diri Melalui Video

Pada bulan Oktober 2010, mahasiswa dari Järna, Stockholm bernama Marcus Jannes membunuh diri di internet melalui webcam. Marcus memuatnaik status bahawa dia telah menelan banyak ubat penghilang rasa sakit dan bersiap sedia untuk menggantung diri. Remaja lelaki berusia 21 tahun dari Swedia itu mengakui sudah menelan 100mg dan 1500 mg Parasetamol Dexofen. 

Pada 01:06, foto-foto mengerikan dari saat terakhir hidupnya yang disaksikan beberapa orang menunjukkan Marcus yang mengenakan seluar pendek dan T-shirt berjalan menuju kabel dan menggantung dirinya sendiri. Tubuhnya dilihat menggeletar, meronta, kemudian kaku.

5. Mati Lebih Dos di Facebook
Seorang lelaki bernama Simone Back (42) pada tahun 2010 menulis status terakhir di Facebook tepat di Hari Krismas di 22:53, "Ambil semua pil. Aku akan segera mati. Bye bye everyone," Tapi nampaknya tiada sesiapa yang pedulikan statusnya malah beberapa temannya di facebook hanya menuduhnya seorang pembohong dan hanya mahu mencari perhatian.

Tapi beberapa rakannya yang lain berasa risau lalu menghubungi polis. Namun semuanya berakhir tragis 17 jam kemudian ketika polisi memecahkan pintu flatnya di Montague Street, Brighton, dan menjumpai mayat Simone.

6 Bakar Diri di depan webcam

Seorang pemuda dikatakan bertindak melakukan sesuatu yang gila pada Disember 2013 apabila mengajak 200 kawan video online di depan webcam untuk menyaksikan dia membakar diri untuk membunuh diri di dalam bilik tidurnya. Di depan kamera, Stephen dilihat meminumVodka, menelan beberapa pil dan kemudian menyalakan api di sudut bilik tidurnya.

Tapi nampaknya perjalanan hidup Stephen masih panjang. Tindakan diketahui petugas pemadam kebakaran dan mereka menarik Stephen keluar dari biliknya yang penuh dengan asap.

7 Buku Kematian di Blog

Frances Medley (44) adalah Ketua Dewan Kesenian Wales, UKA. Namanya popular ketika dia menulis dalam blog tentang bunuh diri sehingga dia benar-benar membunuh diri. Medley dikatakan risau atas kesihatan tubuhnya yang mula merosot sebagai akibat dari menderita Multiple Sclerosis.

Medley memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan memakan dadah yang kuat secara online setelah membaca tentang tindakan euthanasia. Mayat Medley ditemui di rumahnya setelah jirannya berasa curiga dan risau kerana tidak nampak dia selama 2 hari.

8 Bunuh Diri Melalui Facebook

Teman lelaki tidak hadir pada hari ulang tahun anda? Mungkin anda akan marah. Tapi wanita 31-tahun bernama Claire Lin dari Taiwan ini sebenarnya memilih untuk bunuh diri. Semuanya bermula ketika Claire mengungkapkan bahawa dia akan membunuh diri di Facebook, dan kemudian dia melakukan tindakan langsung di internet.

Teman-temannya di Facebook telah meminta dia berhenti tapi tiada sesiapa pun yang melaporkan perkara tersebut kepada polis. Sehingga Claire akhirnya memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan menghirup asap beracun dari arang terbakar sampai mati.

Status terakhir Claire, "Terlambat. Kamarku penuh dengan asap. Bahkan ketika aku mati aku masih ingin FB. Harus. FB racun. Haha ..."

Read more…

Monday, September 15, 2014

MANUSIA KEJAM!! Beri Dadah Kepada Lembu Sebelum Dilapah dan Dipotong Hidup - hidup Di Kelantan (3 GAMBAR)

Sedih tengok apa yang berlaku seperti dalam gambar diatas, sungguh kejam mereka-mereka yang melakukan kekejaman terhadap binatang ternakan seperti lembu ini.

Jika benar dakwaan dari komen Facebook dibawah, memang segelintir manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kemanusiaan. Bahkan boleh dikatakan mereka ini lebih teruk dari binatang.



Cuba bayangkan betapa sakitnya lembu ini kerana tiga kakinya dipotong dan dilapah tanpa disembelih. Dikatakan, sebelum perkara terkutuk itu dilakukan, ia disembur dengan racun serangga supaya mamai.

Dah la tu mencuri, pergi pulak seksa binatang. Apa dosa binatang ni sampai kena macam ni? Jelas hati mereka ini sudah hitam diliputi kebendaan duniawi.


Berdasarkan satu komen, perkara ini berleluasa di Kelantan dan orang ramai dinasihatkan tidak membeli daging lembu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.


Penulis ada bertanya kepada beberapa rakan di Kelantan mengenai perkara ini, dan menurut mereka, perkara ini berlaku di beberapa kawasan disana.

Menurut salah satu dari mereka, satu kejadian berlaku dimana hanya satu kaki sahaja yang sempat dipotong, dan ketika lembu itu dijumpai, ia masih hidup dan dalam keadaan terkebil-kebil kesihan.
Ditanya mengapa kaki sahaja yang diambil, mereka berkata, ia kerana bahagian kaki lembu yang paling mahal. Bahagian kaki sahaja berharga RM 40 manakala bahagian paha pula, RM 20~ RM 40 sekilo mengikut kematangan lembu. Dasyat manusia ni. Credit SiakapKeli.com

Read more…

GEMPAR!! LELAKI SEMBELIH DIRI SENDIRI DI MERU. (GAMBAR)


Kapar: Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran.

“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik.

“Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang jam 10 pagi. Dia terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher.HM

Read more…

Wednesday, September 10, 2014

12 GAMBAR SADIS KEHIDUPAN KANAK-KANAK TERPENGARUH DADAH!! (12 GAMBAR)


Menurut statistik rasmi di Odessa sekitar 3000 kanak-kanak jalanan, tetapi dalam realiti, ia adalah hanya sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya," kata Tatiana Semikop, ketua polis jenayah yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak Ukraine.

Tiada siapa yang boleh memberitahu jumlah sebenar kanak-kanak yang tinggal di jalan-jalan di Ukraine, tetapi satu perkara yang pasti. "Anak-anak yatim sosial" kanak-kanak jalanan mencari keselamatan daripada keganasan ibu bapa(lari dari rumah).

Bersama-sama dalam kumpulan, kanak-kanak jalanan menetap di bawah tanah( lurang pembetung), di mana mereka hidup dengan peraturan undang-undang dan mereka sendiri. Untuk hidup - memerlukan makanan. Untuk mendapatkan makanan - memerlukan wang. sebaik sahaja mereka mencecah jalan. Sesetengah daripada mereka mencuci kereta, bekerja sebagai porter atau melaksanakan pembaikan, atau mencuri. Sesetengah kanak-kanak akhirnya dalam perhambaan seksual. Selalunya bayaran yang mereka terima dalam bentuk sebotol alkohol atau dos dadah. Mereka yang tidak mahu mentaati,(paksaan). Remaja hidup di jalan, cuba untuk menerangi kehidupan keras mereka, alkohol, rokok, dadah dan gam.











Read more…

Monday, September 08, 2014

GEMPAR!! PEMAIN BOLA TERBUNUH DI BALING BATU KETIKA PERLAWANAN!!

\
ALGIERS: Seketul batu dibaling dari tempat duduk penonton menyebabkan penyerang Cameroon Alberts Ebosse terbunuh ketika perlawanan kelab JS Kabylie melawan USM Alger, jelas Menteri Sukan Algeria.

"Ketulan batu itu dikenal pasti objek yang turut berada di luar stadium, dan ianya adalah cebisan batu besar yang dipecahkan," jelas Mohamed Tahmi sambil menambah ketulan batu itu ditemui di kawasan Stadium 1er Novembre yang ditutup.

Menteri itu berkata, kerja-kerja pembinaan di kawasan stadium itu turut berlangsung ketika perlawanan dijalankan 23 Ogos lalu dan didapati banyak ketukan batu serta objek lain di kawasan tersebut.


Keputusan autopsi pada 25 Ogos lalu mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu yang menjadi penjaring terbanyak kelabnya musim lalu meninggal dunia kerana mengalami masalah serius di kepala berpunca darupada objek tajam.

Ebosse diserang dengan batu selepas kelabnya tewas 2-1 kepada USM Alger.

Penyokong-penyokong itu melempar batu kepada pemain ini ketika dalam perjalanan ke bilik persalinan.

Dia disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital di Tizi Ouzou.

Kematiannya itu menyebabkan penggantungan perlawanan liga di negara itu dan JS Kabylie tidak dibenarkan bermain di laman sendiri sehingga siasatan tamat.Mstar

Read more…

Friday, October 26, 2012

Pelajar buang bayi ke dalam sungai


KANGAR – Dua remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki membuang bayi yang baru dilahirkan oleh seorang pelajar perempuan sekolah agama yang juga rakan sebaya mereka ke dalam sungai di sini malam kelmarin.

Bayi perempuan yang cukup sifat itu dicampak dua remaja terbabit dari sebuah titi ke dalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat di sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, dua suspek tersebut iaitu seorang sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan yang melahirkan bayi itu dan ketiga-tiga mereka bersekolah di tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di sini.

“Komplot mereka terbongkar setelah ibu bayi tersebut mengaku kepada doktor yang merawatnya setelah pelajar itu mengalami komplikasi pendarahan selepas melahirkan bayi itu.

“Ekoran itu, doktor berkenaan memaklumkan kepada polis. Siasatan dijalankan serta-merta sehingga penahanan dua remaja terbabit dan mencari lokasi bayi tersebut dibuang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Read more…

Tuesday, October 16, 2012

(VIDEO) Tembakan di stesen minyak di KB





Pelanggan sebuah stesen minyak di Jalan Kebun Sultan di sini gempar apabila dikejutkan dengan tiga das tembakan kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan ada pelanggan yang tercedera dalam kejadian itu tetapi Sinar Harian Online tidak pasti jumlah mangsa.



Ketika kejadian, pelanggan stesen Ong Sok Cha bersama dua rakannya, yang sedang mengisi minyak, dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.


“Saya tidak nampak kelibat orang yang melepaskan tembakan, cuma saya terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dan menyebabkan saya serta dua rakan saya panik,” katanya ketika ditemui.



Disebakan kejadian itu, kereta milik suami saya pecah cermin sisi kanan di bahagian pemandu akibat terkena serpihan peluru,” katanya.

Read more…

Sebarkan! Ustaz Razis penipu sudah perdaya 11 wanita Muslimah!




Malam tadi melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.





Tolong kami sebarkan berita ini supaya anak anak dara kita tidak terpengaruh dengan lakonan licik ‘Ustaz Razis’ ini. Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat. Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai.



Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. Hmm pada kami ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik.


Kalau korang nak tengok bukti, kami beri link asal tentang penipuan Ustaz Razis ni. Huh, layak ke dipanggil Ustaz??






Korang go through la komen komen yang berjela tu dan sebarkannya kepada umum. Orang macam ni merosakkan nama Islam je.

Read more…

Friday, October 05, 2012

Janda ‘Tomboy’ Dicekup, Memadu Asmara Di Hotel Murah!!



KUALA DUNGUN – Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.
Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.
Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan 40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Read more…

Monday, October 01, 2012

Tuntut Khidmat Seks Untuk Mendapatkan Kontrak

SINGAPURA - Seorang saksi utama kelmarin memberi gambaran jelas mengenai hubungan intimnya dengan seorang bekas pegawai polis Singapura yang dituduh menuntut khidmat seks sebagai balasan untuk membantu mendapatkan kontrak bekalan kerajaan.




Saksi itu, Cecilia Sue, 36, yang menjual teknologi komputer kepada agensi kerajaan berkata, Ng Boon Gay, 46, memberikan maklumat sulit kepadanya bagi membantu mendapatkan kontrak ketika tertuduh menjadi Pengarah Biro Narkotik Pusat pada tahun 2011.

Pihak pendakwa raya berkata, Ng meminta seks oral daripada Sue sebanyak empat kali bagi melanjutkan kepentingan perniagaannya.

Tindakan itu nyata melanggar undang-undang antirasuah di negara ini. Bukti baharu yang dibentangkan di mahkamah menunjukkan mereka pernah mengadakan hubungan seks.

"Saya tanya dia sekiranya ada bajet lebih. Adakah ia kira-kira $300,000? Dia menyebut ia lebih kurang beberapa ratus ribu (dolar Singapura)," kata Sue ketika disoal siasat oleh pihak pembelaan.

Ditanya sama ada Ng mempengaruhi keputusan pemberian tender untuk membekalkan perkakasan dan perisian komputer kepada lembaga narkotik dengan memberitahu bajet, Sue menjawab: "Ya!"

Kelmarin, Sue memberitahu mahkamah dia membuat keputusan untuk melaporkan kelakuan Ng kepada pihak berkuasa kerana takut. Tetapi peguam bela mempersoalkan kredibilitinya. -AFP

Read more…

Friday, September 21, 2012

Apabila Banduan Mengamuk Dalam Kereta Polis



Apabila Banduan Mengamuk Dalam Kereta Polis | Jangan disangka jika banduan yang digari tidak mampu melepaskan diri. Itu yang terjadi apabila seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.





Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

“Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

“Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

“Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit,” kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.

Read more…

Thursday, September 20, 2012

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.

Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.

Modus operandi

a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)



b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.


c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.



d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.

e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.

Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.

Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai.

Sumber: Facebook PDRM

Read more…

Tuesday, September 18, 2012

Aktres Innocence of Muslims Telan Pil Tidur



AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.

"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.

"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.

"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.


"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.

"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.
                                 Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri

Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.

Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.


Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.


Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.


Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat
Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.


Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.

Read more…