Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, October 27, 2014

MARI MELAWAT MUZIUM CRISTIANO RONALDO (14 GAMBAR)




Terdapat 2 kem di dalam dunia bolasepak. Ada kem yang mengatakanLionel Messi ialah pemain bola terhandal dunia sekarang. Sebuah lagi kem mengatakan Cristiano Ronaldo pula pemain terhandal dunia. Piala Dunia 2014 di Brazil menunjukkan setakat ini 

Messi mendahului saingan sebagai penjaring terbanyak diantara dua atlet hebat generasi ini. Sungguhpun begitu Ronaldo mungkin boleh angkat takhta sebagai pemain yang lebih ego berbanding Messi. Museu CR7 terletak diFunchal kepulauan Madeira, tempat kelahiran Ronaldo. 

Di dalam muzium ini kesemua trofi dan anugerah yang pernah diterima beliau dipamerkan kepada umum. Ini termasuk trofi kasut emas Eropah dan Ballon D'Or yang beliau menangi tahun ini. Anda juga boleh melihat patung lilin beliau dan bergambar bersamanya. 

Jika mahukan sesuatu yang lebih realistik terdapat tempat mengambil gambar khas yang memberikan ilusi anda benar-benar bergambar dengan Ronnie. Untunglah masih hiduppun ada muzium.Super Mokhtar Dahari sampai la takde muzium. Why? Kerana we do not honour achivements.




Read more…

Friday, November 23, 2012

Perdana Menteri Yakin Harimau Malaya Mampu Bangkit!!


PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin skuad Harimau Malaya mampu bangkit selepas persembahan kurang memberangsangkan pada siri perlawanan persahabatan bagi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bermula Ahad ini.

Perdana Menteri berkata apa yang penting, setiap pemain perlu memberi komitmen seratus peratus dan percaya kepada kebolehan masing-masing.

"Saya yakin dengan pemain dan jurulatih."

"Bila kita jatuh kita kena bangun semula. Kalau kita berjaya kita lipat gandakan usaha," katanya ketika memberi amanat kepada Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini, Rabu.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura pada Ahad ini, berdepan Laos pada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah Thailand, Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Najib berkata ia merupakan satu kehormatan kepada pemain yang dipilih menyarung jersi Harimau Malaya pada kejohanan itu kerana mereka membawa imej negara.

Beliau juga menyifatkan peranan setiap pemain ada persamaan dengan tanggungjawab sebagai perdana menteri.


"Bila kita berjaya kita akan disanjung, bila gagal akan dikritik hebat oleh orang ramai,"

"Itu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemain," katanya.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri beliau mewakili kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam saingan kejohanan berkenaan.

Beliau percaya rakyat dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad negara pada kejohanan berprestij di rantau Asean itu.

Beliau berkata jika skuad Harimau Malaya melakar kejayaan pada kejohanan tersebut kerajaan akan memberi insentif kepada mereka.

Beliau mendoakan agar skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan pada saingan tersebut.

Perdana Menteri kemudian menerima jersi baru skuad Harimau Malaya daripada ketua pasukan Safiq Rahim yang tertera nama Najib dan Nombor 11. - BERNAMA

Read more…

Friday, November 02, 2012

Nilai Mat Yo RM1 juta?




PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu membayar RM1 juta sekiranya masih berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bagi memperkuatkan pasukan tersebut musim hadapan.

Read more…

Thursday, November 01, 2012

Senarai Nama Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013


Setelah tamatnya saingan Piala Malaysia 2012 baru-baru ini, seperti kebiasaannya akan ada perpindahan pemain ke kelab baru mereka. Berikut antara senarai nama pemain dalam saingan Liga Malaysia 2013 yang bakal berpindah ke kelab lain.







Sah Berpindah

—–> Johor

Aidil Zaquan (ATM)

Zaquan Adha (ATM)

Azmi Muslim (ATM)

Safiq Rahim (Selangor)


—–> Selangor

S.Kunalan (Negeri Sembilan)

Mahali Jasuli (Harimau Muda A)


—–> Terengganu

Effa Owana (Negeri Sembilan)


—–> Perak


Farizal Marlis (Negeri Sembilan)

Abdul Hadi (Terengganu)


—–> ATM

Shukor Adan (Negeri Sembilan)


Khabar Angin

Amirulhadi (Selangor) —> ATM/Pahang

Faderin Kadir (Felda) —> ATM

Safee Sali (Pelita Jaya) —> Johor

Kubala (Perak) —> Kelantan

Daudsu (Kelantan) —> Johor

Nurul Azwan Roya (Kelantan) —> Johor

Francis Forkey Doe (Terengganu) —> Selangor

Le Cong Vinh (Hanoi) —> Selangor

Nuno Gomes (Blackburn) —> Johor

Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) —> Johor

Ismail Faruqi (Terengganu) —> Kelantan

Muslim Ahmad (Terengganu) —> Selangor/ Kelantan

Fadhli Shas (Harimau Muda) —> Selangor

S. Chanturu (Kelantan) —> Perak

Subramaniam (Kelantan) —> Perak

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) —> Johor

Read more…

Saturday, October 27, 2012

10 Terbaik Bakal Saksi Majlis Recepsi Lee Chong Wei


PUCHONG - Mulai 28 Okt ini, para peminat pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei boleh menyertai peraduan melalui laman sosial Facebook bagi merebut peluang menghadiri majlis perkahwinan pemain nombor satu dunia itu.

Pengarah Pemasaran Jenama Chong Wei Bina Jaya Sdn Bhd Sachi Choo berkata para peminat hanya perlu klik 'Like' kepada 'Lee Chong Wei Official Fans Club' dan mengemukakan komen mereka dengan 'I wish to participate Lee Chong Wei and Wong Mew Choo's wedding because...' , untuk dipilih sebagai pemenang.

"Peminat boleh mengemukakan komen mereka berdasarkan kreativiti masing-masing. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Nov.

"Bagaimanapun, 10 komen terbaik akan dipilih oleh Datuk Lee dan (bakal pengantin) Wong Mew Choo berdasarkan kreativiti bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka," katanya kepada pemberita pada persidangan media bagi mengumumkan perkembangan perkahwinan itu, di Bandar Puteri di Puchong, hari ini.

Katanya, keputusan peraduan akan diumumkan sehari selepas tarikh tutup penyertaan iaitu pada 6 Nov melalui laman web kelab peminat itu.- BERNAMA

Read more…

Monday, October 22, 2012

Chong Wei Juara Terbuka Denmark


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark Ahad malam waktu Malaysia.

Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.-BERNAMA

Read more…