Wednesday, August 06, 2014

[ARTIS] PANAS!! Gambar Datuk K Tanpa Baju Mencetuskan Kontroversi dari Datuk Siti Nurhaliza



Siapa yang tidak mengenali artis yang cukup popular di Malaysia sehingga kini iaitu Datuk Siti Nurhaliza. Baru – baru ini gambar datuk K senaman tanpa baju yang telah diambil olehnya dan dimuatnaikan di akaun Instagram Datuk Siti Nurhaliza , kini menerima tamparan kritikan yang hebat dari peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuatnaikan itu merupakan gambar suami tercinta yang sedang senaman angkat berat tanpa memakai baju. Gambar yang dikongsi ini dipercayai dimuatnaikan pada bulan mulia iaitu bulan ramadhan. Apakah yang ingin diwar warkan oleh Datuk Siti tentang gambar tersebut, adakah siti nurhaliza ingin berkongsi kepada peminat bahawa bentuk badan Datuk K kini semakin mengamcam? Atau Datuk Siti pula teruja melihat aksi suami tercintanya itu?

Namun, gambar ini mendapat beberapa komen negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan.

Penulis berharap Datuk Siti dapat nyahkan gambar tersebut dari instagram nya untuk menghormati bulan Ramadhan.