Showing posts with label DUNIA. Show all posts
Showing posts with label DUNIA. Show all posts

Friday, September 19, 2014

GEMPAR 'Batu Neraka' dari Burung Ababil Berusia 1,442 Tahun Dijumpai (3 GAMBAR)

 
Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.




Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta(RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Read more…

Wednesday, September 10, 2014

ANDA MESTI TAK PERCAYA PERUBAHAN BUDAK GEMUK INI. (5 GAMBAR)


Seorang budak lelaki gemuk mengejutkan ramai orang di Thailand apabila bertukar menjadi seorang awek yang sangat jelita baru-baru ini.



Dia menjalani pembedahan menukar jantina dan membesarkan payudara supaya tampil lebih seksi dan menawan di mata lelaki.

Ini lah kemodenan sistem perubatan terkini yang boleh mengubah segalanya apabila mempunyai wang walaupun hanya kepalsuan bukan keaslian.

Read more…

Monday, September 08, 2014

GEMPAR!! Ibu Tidak Sedar Sudah Kandung Bayi 36 Tahun, Hingga Jadi Tengkorak! (GAMBAR)


Selonggok tulang bayi ditemui di dalam perut seorang wanita di Madya Pradesh, India. Tanpa disedarinya, tengkorak bayi itu sudah berada di dalam perut wanita itu selama 36 tahun. Jyoti Kumar, nama wanita itu diyakini sebagai perempuan yang mengalami kehamilan ectopic paling lama di dunia. Kehamilan ectopic adalah kehamilan dimana janin tidak berkembang di dalam rahim.

Kehamilan seperti itu membahayakan nyawa ibu dan janin yang dikandungnya. Jyoti mengalami kehamilan pada tahun 1978 semasa masih berusia 24 tahun. Ketika itu, Jyoti diberitahu bahawa kemungkinan bayinya selamat kecil.

Namun, kerana takut dibedah, Jyoti lebih memilih hanya berubat di klinik kecil untuk menghilangkan rasa sakitnya. Beberapa bulan kemudian, rasa sakitnya hilang dan Jyoti berfikir, masalahnya sudah selesai.

Namun, 36 tahun kemudian, setelah usianya sudah mencapai 60 tahun, Jyoti kembali merasakan sakit di perut bahagian bawah. Awalnya, doktor melihat adanya ketulan yang disangka kanser.

Namun, setelah dilakukan CT scan, kelihatan gumpalan material yang sudah mereput di antara rahim, usus, dan pundi kencing. Berdasarkan hasil pemeriksaan, terungkap ketulan itu adalah tulang bayi yang sudah berada di perut Jyoti selama 36 tahun.

Tulang itu terbungkus jaringan ikat yang berimpit dengan organ-organ tersebut. Maka tidak hairan Jyoti sering merasa sakit, sukar buang air kecil, dan demam.



Read more…

GILA! GADIS SANGGUP SIAT KULIT SENDIRI, BUANG TATU NAMA BEKAS KEKASIH!! (8 GAMBAR)


Kecewa dengan cinta, mungkin itulah sebab wanita ini nekad menyiat kulitnya demi menghilangkan tatu nama kekasihnya.

Aksi nekad wanita ini dilakukan setelah ia mendapati bahawa bekas kekasihnya itu berlaku curang padanya. Wanita bernama Torz Reynolds ini mencari bukti bahawa kekasihnya, Stuart Chopper May mempunyai hubungan sulit dan dia mengikuti kekasih gelapnya ke negara bahagian Alaska, di Amerika Syarikat.

Kesal. Torz Reynolds kemudian mengambil sebuah pisau bedah dan mensiat kulit bertatokan sebuah tulisan 'Chopper Bitch'. Ia melakukannya dengan sangat hati - hati dan menghabiskan masa 1 jam setengah lamanya. Bukan saja mensiat kulit bahkan dia ingin menghantar potongan kulit bertatahkan tatu nama kekasihnya itu pada bekas kekasihnya.

Namun, Torz terkejut kerana ternyata Chopper masih tinggal di London. Ia pun akhirnya memasukkan cebisan kulit ke dalam balang dan memuat naiknya ke akaun Facebooknya.

Walaupun sudah melakukan aksi nekad tersebut, ternyata Chopper mendiamkan diri sahaja dan tidak pernah mengulas soal foto tersebut. "Chopper tidak pernah komen tentang itu. Lagipun ini hanya kulit, nanti juga sembuh lagi," kata Torz pasrah.

Tidak sedikit orang yang kesal dengan tindakan nekadnya itu, namun tidak sedikit pula yang menyokong apa yang dilakukan. Torz hanya tidak mahu bekas kekasihnya itu sewenang-wenangnya mempermainkan perasaan wanita, sehingga ia berharap gertakannya cukup berpengaruh.




Read more…

Thursday, March 21, 2013

RM475,000 Wang Jaminan Jika Mahu Pengganas Sulu Dibebas

Seramai 38 pengikut Kiram yang ditangkap pihak berkuasa Filipina pada 13 Mac lalu perlu menyediakan wang jaminan P6.2 juta (RM475,000) jika mahu dibebaskan.


Mereka ditahan kerana memiliki senjata api secara haram dan mencetuskan konflik sehingga menjadi pencetus konflik di Sabah.

“Kami telah memfailkan usul untuk mengurangkan wang jaminan semalam tetapi ia masih belum selesai,” kata Ketua Pejabat Peguam (PAO), Persida Rueda-Acosta.

Acosta hanya mengikut permintaan Kesultanan Sulu membela nasib pengikut Kiram seramai 38 orang itu.

Beliau berkata, pihaknya cuba untuk meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin kepada P3,000 (RM230) bagi setiap tertuduh.

Pihaknya turut meminta mahkamah menjalankan siasatan awal supaya boleh mengemukan afidavit mereka.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata Kiram dan pengikutnya boleh dibicara di Filipina di bawah Kanun Keseksaan yang diguna pakai jika rakyat negara itu melakukan kesalahan jenayah di luar negara.

Read more…

Tuesday, March 19, 2013

Wanita Switzerland Diperkosa Depan Suami Di India

Lima lelaki telah ditangkap dan mengaku merogol seorang wanita Switzerland yang diserang ketika berbasikal dengan suaminya di tengah-tengah India, kata polis.


Dua lagi suspek masih dicari, kata D.K. Arya, pegawai kanan polis.

Lima lelaki yang ditangkap di Datia pada Ahad adalah dari kampung berhampiran di mana serangan itu berlaku pada malam Jumaat ketika pasangan itu berkhemah di hutan di daerah Datia, negeri Madhya Pradesh.

Pasangan itu memberitahu polis bahawa wanita itu telah dirogol oleh tujuh atau lapan lelaki, tetapi memandangkan suasana gelap mereka tidak dapat memastikan bilangan yang tepat, kata Arya.

Suaminya juga telah diserang oleh kumpulan lelaki terbabit.

Wanita berkenaan yang berusia 39 tahun telah telah dirawat di sebuah hospital di bandar berdekatan Gwalior Sabtu lalu dan telah dibenarkan keluar, kata polis.

Arya berkata pasangan itu dalam perjalanan menuju ke ibu negara India, New Delhi, kira-kira 400 kilometer (250 batu) ke utara, pada Ahad.

Serangan ini menjadi tajuk muka depan dalam akhbar-akhbar India dan berlaku selepas tiga bulan kejadian rogol berkumpulan terhadap wanita menaiki bas di New Delhi yang membawa maut serta mendorong kemarahan wanita dalam masyarakat India dan sistem keadilan negara.

Read more…

Thursday, March 14, 2013

Singapura Akan Lupus Jet Pejuang F-15 Dan F-16!

Singapura kini di peringkat akhir menilai kemampuan jet pejuang F-35 Joint Strike Fighter untuk menggantikan jet F-15 dan F-16.

Pesawat pejuang F-16

Dalam kenyataan kepada Parlimen kelmarin, Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen berkata, kerajaan juga mencari pengganti sesuai untuk kapal selam negara itu dalam usaha mereka meningkatkan keupayaan ketenteraan.

Setakat ini, Singapura dianggap negara memiliki kelengkapan ketenteraan terbaik di Asia Tenggara. Menurut Ng, walaupun jet F-35 masih dibangunkan, Singapura tetap berminat mendapatkannya untuk keperluan masa depan.

“Jet F-35 akan menjadi pesawat tempur barisan depan dalam operasi akan datang,” katanya.

Rakaman kenyataan itu diposkan di laman sesawang kerajaan semalam.

Ng berkata, pesawat pejuang F-15 keluaran Boeing yang dimiliki Singapura ketika ini “menghampiri tempoh akhir hayat operasi,” manaala F-16 Lockheed Martin berada di peringkat pertengahan. “Untuk jangka panjang, Tentera Udara Republik Singapura mengenal pasti jet F-35 sebagai pesawat sesuai dalam proses pemodenan negara.

“Kerajaan dalam peringkat akhir menilai kemampuan jet berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Read more…

Friday, March 08, 2013

Korea Utara Bersedia Lancar Perang Nuklear!

Korea Utara semalam berikrar akan melancarkan serangan nuklear awal ke atas Amerika Syarikat kerana percaya Washington menggerakkan usaha memulakan perang atom terhadap Pyongyang.


Amaran itu dibuat beberapa jam menjelang undian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada memperketat tahap sekatan terhadap Pyongyang berikutan ujian nuklearnya baru-baru ini.

Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata, negara itu akan menggunakan haknya melancarkan serangan nuklear awal untuk memusnahkan kubu musuh kerana Washington yang mendesak memulakan perang nuklear terhadap Korea Utara.

Walaupun rejim komunis itu membesarkan cerita bom nuklear dan serangan awal, ia dirasakan tindak mempunyai kemampuan membina peledak peluru yang cukup kecil untuk diletakkan pada peluru berpandu, yang boleh tiba di Amerika. Ia dipercayai memiliki kuasa nuklear mencukupi untuk beberapa peralatan nuklear primitif.

Ancaman perkara biasa

Ancaman itu adalah perkara biasa dari Korea Utara, dan terutama sejak kebelakangan ini. Ia marah berhubung kemungkinan sekatan dan mengenai latihan ketenteraan Amerika dan Korea Selatan, yang akan datang. Pada satu perhimpunan besar-besaran di Pyongyang kelmarin, berpuluh ribu rakyat Korea Utara membantah latihan dan sekatan itu.

Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan pusingan keempat ke atas Pyongyang.

Duta Russia ke PBB, Vitaly Churkin, yang kini menjadi presiden majlis itu berkata ia mengundi mengenai resolusi deraf sekatan itu pagi semalam.

Resolusi dirangka oleh Amerika dan China, sekutu kuat Korea Utara.

AS ketuai sekatan

Kenyataan oleh jurucakap Kementerian Luar Korea Utara disiarkan oleh Agensi Berita Korea Pusat. Ia menuduh Amerika mengetuai usaha mengenakan sekatan ke atas negara itu.

Kenyataan menyebut, sekatan baru itu hanya menyebabkan Korea Utara menunaikan ikrar terdahulu melancarkan serangan hebat kedua dan ketiga terhadap musuh.

Kenyataan juga menyebut Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB supaya tidak mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan pada 1950 apabila semua penduduk Korea dilayan sebagai hamba perang Amerika.

Korea Utara menuntut Majlis Keselamatan segera menutup Ibu Pejabat PBB diketuai Amerika di Seoul dan bertindak menamatkan perang di Semenanjung Korea, yang berlanjutan selama enam dekad selepas pertempuran tamat kerana gencatan senjata, bukan perjanjian damai, yang mengakhiri perang.

Dalam menantikan resolusi itu diterima, Korea Utara terdahulu minggu ini mengancam membatalkan gencatan senjata 1953 yang menamatkan Perang Korea. 

Read more…

Thursday, September 20, 2012

Filem Hina Islam- Serangan Bom Berani Mati Di Kabul

KABUL, Afghanistan: Seorang pengebom berani mati perempuan menyerang sebuah van di sini dengan menyebabkan 12 orang termasuk lapan warga Afrika Selatan terbunuh dalam serangan bagi membalas dendam penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS).
Penyerang dilaporkan meletupkan dirinya di dalam sebuah kereta semalam.


Pengeboman di sebuah lebuh raya menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kabul itu merupakan serangan berani mati kedua di bandar ini dalam tempoh 10 hari.
Serangan tersebut membangkitkan persoalan berhubung kestabilan Afghanistan selepas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara menyegerakan pengunduran askarnya dan menyerahkan kawalan keselamatan kepada tentera Afghanistan menjelang penghujung 2014.
Seorang jurugambar agensi berita AFP melihat sekurang-kurangnya enam mayat terbaring dalam van berkenaan dengan sebuah lagi kenderaan masih terbakar di tengah lebuh raya akibat letupan tersebut.
"Pada sekitar 6.45 pagi, seorang pengebom berani mati yang memandu sebuah kereta sedan meletupkan dirinya di lebuh raya menuju ke lapangan terbang di Daerah 15," kata polis dalam satu kenyataan.


"Seramai sembilan pekerja sebuah syarikat asing dan tiga penduduk tempatan maut manakala dua anggota polis cedera dalam serangan ini," tambah kenyataan tersebut.
Seorang pegawai Afghanistan dan Barat memberitahu, sembilan warga asing terbunuh dalam pengeboman kali ini.
"Semua warga asing itu bekerja untuk sebuah syarikat persendirian di lapangan terbang Kabul," kata seorang pegawai tempatan.
Kumpulan Hezb-i-Islami mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Sementara itu di Indonesia, penduduk negara berkenaan mengadakan demonstrasi bagi menuntut AS menghukum penerbit filem biadab itu.
Sekitar 200 penunjuk perasaan membakar bendera AS dan beberapa buah tayar di luar Pejabat Konsulat AS di bandar ketiga terbesar di Indonesia, Medan semalam.
Sebahagian mereka membawa kain rentang yang menyatakan: "AS pergi ke neraka". Para penunjuk perasaan itu menuntut Washington menghukum pembikin filem tersebut.
Di sebuah lagi negara rantau Asia Tenggara, Thailand, sekitar 400 orang mengadakan bantahan aman di luar Kedutaan AS di Bangkok.
Sekitar 700 anggota polis dikerahkan di lokasi tunjuk perasaan semalam bagi memastikan penunjuk perasaan mematuhi undang-undang.
Bantahan berkenaan dianjurkan oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Persekutuan Al Quds Antarabangsa Thailand.
Sementara itu, sebuah cawangan Al-Qaeda di Afrika Utara mendesak para diplomat AS diserang bagi membalas dendam terhadap filem tersebut.
Cawangan itu, Al-Qaeda di Tanah Islam Maghreb mengancam melakukan serangan di Algeria, Tunisia, Maghribi dan Mauritania.
Tunjuk perasaan turut berlaku di Srinagar, India yang menyebabkan sebuah kereta polis dibakar.

Read more…

Wednesday, September 19, 2012

Pelakon 'Innocence of Muslims' Menjadi Mangsa


FILEM "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.





Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

Di beberapa temubual seperti yang dilaporkan Fox News, Garcia tidak tahu bahawa beliau sebenarnya terlibat dalam sebuah propaganda anti-Islam, kerana beliau hanya memegang watak kecil yang merupakan seorang wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada seorang watak lelaki bernama Master George di sebuah babak filem. Skrip yang diberi dijudulkan "Desert Warriors", yang kononnya berkisarkan tentang kehidupan pada 2,000 tahun lalu dan tiada mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Nampaknya bukan Garcia sahaja yang tidak mengetahui motif sebenar filem ataupun pembikin filem. Beberapa orang pelakon lain turut mengatakan bahawa cerita merujuk kepada seorang watak bernama George, tetapi akhirnya telah diubah kepada Muhammad melalui 'dubbing' selepas filem sesi perfileman habis dibuat.

Pada hari Rabu yang lepas, Time melaporkan bahawa seorang lelaki Kristian Coptic bernama Nakoula Basseley Nakkoula mengakui penglibatan beliau sebagai pengurus produksi filem tetapi tuduhan yang mengatakan beliau pengarah filem dinafikan.

Sehingga kini, identiti sebenar pengarah filem masih belum dikenal pasti dan nama Sam Bacile yang dikaitkan dengan hal itu masih lagi menjadi sebuah misteri.

Read more…

Monday, September 17, 2012

Belanja Kahwin Mahal Punca Ramai Pemuda Melayu Berhutang???


KUALA LUMPUR — Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.

Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.

“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.

“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.

“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.”

Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.

“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.

Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.

“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.

“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.”

Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.

“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula.

“Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.

Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.


Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.



Menurut kenyataannya kepada Berita Harian hari ini, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.
Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes.

Bagaimanapun, menurut timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun penurunan sebanyak 2.5 peratus.

Dr Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan Kelantan (2,429 kes).

Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.

“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.

“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.

Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.

“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.

“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi. (The Malaysian Insider)

Read more…

Wajah Penulis Skrip Filem Hina Islam Disiarkan Di Youtube!!


LOS ANGELES: Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam.

Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.

Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.

Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik.

Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).



Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.

Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.

Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad.

Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.

Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.

Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.

Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.

"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.

Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.

Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.

Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.

Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu.

Read more…

Saturday, September 15, 2012

Misteri Pengarah Filem Hina Islam "Innocence of Muslims"

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.




Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.

Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.

Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana Nakoula ditemui.

Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh.

Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam terhadap penganut Kristian Koptik.

Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri sebagai Bacile.

Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki itu menunjukkan lesen memandunya untuk mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan, dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.

Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya beberapa minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.

"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama sebenarnya.

"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon. Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan identitinya," kata Jones.

Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi.

Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran pengarah filem tersebut dengan dia seorang penganut Kristian.

Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata, tiada rekod ditemui menyatakan Bacile seorang rakyatnya.

Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem Innocence of Muslims.

"Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama sebenar kerana mereka takut," kata Klein.

Sementara itu, YouTube telah menarik balik klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin. Namun, video berkenaan masih boleh diakses di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Libya membuat beberapa tangkapan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi

"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpulkan bukti dengan beberapa orang telah ditangkap," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.

Namun, beliau enggan memberikan butiran terperinci berhubung bilangan orang yang ditangkap atau latar belakang mereka kerana tidak mahu menjejaskan siasatan.

Read more…

Thursday, September 13, 2012

Putera William Dan Isteri Lawat Singapura


SINGAPURA - Putera William dan isterinya, Catherine tiba di negara ini semalam bagi memulakan lawatan ke Asia Tenggara dan Asia Pasifik sempena pemerintahan 60 tahun Ratu Elizabeth II.

Dalam lawatan selama sembilan hari itu, Duke dan Duchess of Cambridge akan singgah ke Malaysia, Kepulauan Solomon dan Tuvalu.
Catherine turut dijadual memberi ucapan pertamanya di luar negara sebagai tanggungjawab rasmi beliau dalam kerajaan monarki Britain.

Acara pertama pasangan popular itu adalah melawat Taman Botanikal Singapura di mana sekuntum bunga orkid akan dinamakan sempena nama mereka.

Taman orkid itu juga mempunyai bunga yang dinamakan sempena nama Ratu Elizabeth II yang kali terakhir melawat Singapura pada tahun 2006 dan nama ibu William, Puteri Diana yang maut pada tahun 1997 dalam satu kemalangan kereta di Paris.

"Tujuan lawatan ialah bagi meraikan sambutan pemerintahan 60 tahun Ratu Elizabeth II," kata Setiausaha Peribadi Duke and Duchess of Cambridge, Jamie Lowther-Pinkerton.

William dan Catherine yang berkahwin pada April tahun lalu akan berada di sini hingga Khamis. Mereka kemudian akan ke Malaysia dan melawat Kuala Lumpur serta Sabah bermula 13 hingga 15 September ini.

Di Malaysia, Catherine dijangka menyampaikan ucapan kepada kakitangan dan pesakit dalam satu program kesihatan. - AFP

Read more…