Showing posts with label FAKTA LUAR BIASA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA LUAR BIASA. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

PELIK!! WANITA MEMPUNYAI 3 PAYU DARA KINI MENJADI PERHATIAN DUNIA (4 GAMBAR)


Payu dara adalah mahkota wanita yang sentiasa menjadi perhatian lelaki, tanpa payu dara maka bermakna hilang lah mahkotawanita yang amat di hargai ini.

Namun ramai wanita diluar sana telah kehilangan mahkota mereka di sebabkan kanser payu dara, namun ini tidak bermakna hidup mereka berakhir apa bila kehilangan mahkota itu.

Berbalik kepada wanita yang mempunyai lebih dari dua mahkota kebanggaan lelaki itu ini adalah satu keajaiban pada wanita terbabit yang pasti mereka akan menjadi perhatian seluruh dunia dengan mahkota pelik yang mereka ada.



Namun ada juga di antara wanita dunia yang sahaja melakukan pembedahan untuk menambah payu 
dara ke3 untuk mencari perhatian, itu terpulang lah pada individu masing-masing yang pasti wanita yang berpayu dara 3 sentiasa menjadi perhatian dunia kerana dianggap unik oleh setengah mereka. Oleh Tiffany HNS

Read more…

Monday, September 08, 2014

GILA! GADIS SANGGUP SIAT KULIT SENDIRI, BUANG TATU NAMA BEKAS KEKASIH!! (8 GAMBAR)


Kecewa dengan cinta, mungkin itulah sebab wanita ini nekad menyiat kulitnya demi menghilangkan tatu nama kekasihnya.

Aksi nekad wanita ini dilakukan setelah ia mendapati bahawa bekas kekasihnya itu berlaku curang padanya. Wanita bernama Torz Reynolds ini mencari bukti bahawa kekasihnya, Stuart Chopper May mempunyai hubungan sulit dan dia mengikuti kekasih gelapnya ke negara bahagian Alaska, di Amerika Syarikat.

Kesal. Torz Reynolds kemudian mengambil sebuah pisau bedah dan mensiat kulit bertatokan sebuah tulisan 'Chopper Bitch'. Ia melakukannya dengan sangat hati - hati dan menghabiskan masa 1 jam setengah lamanya. Bukan saja mensiat kulit bahkan dia ingin menghantar potongan kulit bertatahkan tatu nama kekasihnya itu pada bekas kekasihnya.

Namun, Torz terkejut kerana ternyata Chopper masih tinggal di London. Ia pun akhirnya memasukkan cebisan kulit ke dalam balang dan memuat naiknya ke akaun Facebooknya.

Walaupun sudah melakukan aksi nekad tersebut, ternyata Chopper mendiamkan diri sahaja dan tidak pernah mengulas soal foto tersebut. "Chopper tidak pernah komen tentang itu. Lagipun ini hanya kulit, nanti juga sembuh lagi," kata Torz pasrah.

Tidak sedikit orang yang kesal dengan tindakan nekadnya itu, namun tidak sedikit pula yang menyokong apa yang dilakukan. Torz hanya tidak mahu bekas kekasihnya itu sewenang-wenangnya mempermainkan perasaan wanita, sehingga ia berharap gertakannya cukup berpengaruh.




Read more…

Sunday, August 31, 2014

GEMPAR!! ANDA PASTI TERKEJUT APA YANG ADA DALAM BAGUNAN INI!! (8 GAMBAR)


You’ll never guess what is inside this giant disused aircraft hangar in Germany.The hangar that is 360 m (1,181 ft) long, 210 m (689 ft) wide and 107 metres (351 ft) high has been turned into an unbelievable indoor resort with human-made habitat. 29,000 tropical plants make an artificial rainforest. Exotic birds live there and natural rainforest sounds are broadcast through hidden speakers. There is also a beach, a waterpark and an artificial sun. Tropical Island Resort complex has a constant air temperature of 25 °C (77 °F) and is open all day, every day of the year.







Read more…

Wednesday, March 13, 2013

Inilah Rumah Bergerak Paling Mahal Didunia

Rumah mudah alih atau bergerak ini direka oleh syarikat yang diberi nama Mrshy Mobile. Dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi, balkoni dan lain-lain kemudahan termasuk televisyen berukuran 40-inci yang nyata cukup mewah.


Dengan kelengkapan tersebut dan dari gambar diatas, tidak hairanlah harganya mencecah kira-kira tiga juta dolar dan kini direkodkan sebagai rumah bergerak atau rumah mudah alih paling mahal di dunia.

Read more…

Monday, March 11, 2013

Mayat Ibu Di Simpan Selama Tiga Tahun

Tiga beradik ditahan selepas pihak berkuasa menemui rangka ibu mereka di rumah didiami pasangan terbabit, semalam.


Menurut pihak berkuasa, pasangan adik-beradik itu mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan atas kematian ibu mereka.

Sumber berkata, wanita terbabit sudah meninggal dunia selama tiga tahun.

“Mayat wanita itu disimpan anak-anaknya kerana mereka percaya si mati bertukar menjadi tuhan,” katanya. Ekoran penemuan rangka itu, pihak berkuasa menahan dan mendakwa seorang lelaki berusia 65, dua wanita berusia 59 dan 52 tahun kerana bersubahat mengabaikan mayat.

Sumber polis berkata, adik-beradik itu ditahan di rumah mereka di Usa di wilayah Oita.

Terdahulu, pihak berkuasa melawat rumah mereka bagi menyiasat kemungkinan ada wanita tua didera.

Sumber berkata, pada awalnya penyiasat tidak dibenarkan masuk, malah dihalau dari situ.

“Apabila berjaya masuk, penyiasat menemui rangka wanita terbabit di atas katil,” katanya. Pegawai forensik berkata, jika wanita itu masih hidup, dia berusia 88 tahun ketika ini.

Sementara itu, jiran berkata, satu ketika dulu, keluarga terbabit dihormati penduduk setempat, tetapi menimbulkan kecurigaan apabila melakukan amalan aneh.

Keluarga itu juga enggan bercampur dengan masyarakat setempat.

Read more…

Menakjubkan Istana Yang Di Ukir Dalam Gunung

Di sebelah utara kota kuno Persepolis di Iran adalah istana yang mengagumkan, Naqsh-i-Rustam. Pembinaan istana di lereng gunung tersebut sangat menakjubkan, sungguh menghairankan di zaman yang begitu kuno peradabannya manusia sudah pandai membuat seni bina bangunan seindah itu. 


Istana dalam gunung ini memiliki pintu besar sebagai pintu masuk. Malah, ada emapt pintu masuk raksasa yang juga dikenali sebagai Persilangan Persia.

Ukiran-ukiran di dinding gunung dibuat dengan begitu teliti dan sempurna. Dipintu masuk pula, anda akan menemui sebuah bilik kecil di mana raja dimakamkan didalam keranda, tapi sekarang telah dikosongkan. Istana dalam gunung ini pernah dikuasai oleh empayar Persia bermula dari Xerxes, Darius dan Cyrus.

Di luar istana ini juga ukiran berbentuk orang dan kuda serta tulisan tertua Iran juga dapat ditemui di sana.


Inilah daya tarik pelancongan dan cara yang baik untuk mengenali sejarah dan budaya semasa zaman pemerintahan Persia.

Read more…

Budak Yang Diiktiraf Paling Kuat Didunia

Pada satu ketika dulu nama Romania Giuliano Stroe sering menjadi sebutan kerana dia adalah satu-satunya budak terkuat didunia sehingga diiktiraf Guinnerss World Records.


Ceritanya bermula apabila sebuah video di Youtube telah memaparkan tentang seorang kanak-kanak melakukan tekan tubi di atas botol kaca.

Ia telah menarik perhatian ramai orang.

Apa yang menakjubkan, Giuliano dapat mengimbangi badan dengan menggunkan empat botol kaca yang menyerupai botol arak tanpa mengalami sebarang kecederaan mahu pun terjatuh.

Memang menakjubkan!

Difahamkan, ini bukan kali pertama Giuliano Stroe melakukan sesuatu yang luar biasa.

Tahun 2009, budak terkuat di dunia itu pernah mencatat satu rekod ‘Guinness Book of World Records’ kerana berjalan sejauh 10 meter menggunakan tangan dengan kakinya.

Manakala pada umur 5 tahun (2010), dia melakukan aksi ‘Human Flag’ dengan kedua tangan memegang satu besi sambil badan ditegakkan seakan bendera!

Bapanya Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: “Dia telah berlatih di gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya selalu membawanya bersama saya apabila saya ke sana”.

Kini, Stroe bersama dua anaknya, Giuliano dan Claudiu tinggal di rumah mereka yang terletak di Romania.

Read more…

Dituduh Ambil Dadah Gara-gara Menyerupai Watak Popeye

Melihat biseps Moustafa Ismail, 25, yang sungguh besar itu pasti membuatkan sesiapa sahaja teringatkan watak kartun kegemaran ramai, Popeye.


Namun, tidak seperti Popeye, Moustafa cukup benci dengan sayur bayam. Biseps gergasinya itu juga bukan kerana makan bayam tetapi hasil diet protein dan karbohidrat yang tinggi.

Setiap hari, ahli bina badan dari Massachusetts ini mengambil kira-kira tujuh paun protein, sembilan paun karbohidrat dan tiga gelen air bagi memastikan bisepsnya kekal berukuran 31 inci - sebesar pinggang lelaki kurus.

Dia yang mampu mengangkat berat sehingga 600 paun menempa nama di dalam Guinness Book of World Records sebagai lengan terbesar di dunia tahun lalu.

Moustafa mula obses membina badan terutama bahagian lengannya selepas dipersenda oleh seorang tetamu di majlis perkahwinan bapa saudaranya di kampungnya di Mesir kerana berat badan yang berlebihan.

Sejak itu, dia nekad melakukan senaman setiap hari dari pukul 5 pagi hingga 8 pagi yang tertumpu kepada kardio dan latihan kekuatan dengan mengangkat berat.

Selain itu, dia mengambil sejumlah besar ayam, makanan laut dan minuman protein setiap hari selain vitamin. Moustafa mula membina badan di kampung halamannya di Mesir sebelum berpidah ke Amerika Syarikat pada 2007.

Bagi membayar yuran keahlian gim serta keperluan dietnya, dia bekerja sebagai atendan di dua buah stesen minyak.

Namun, kontroversi pernah melandanya apabila dia dituduh mengambil steroid atau melakukan implan bagi mendapatkan lengan Popeye tersebut.

Dia kemudian terbang ke Tokyo, Jepun bagi menjalani ujian darah dan sinaran-X pada ototnya dan terbukti tiada yang abnormal pada dirinya.

Selepas tidak lagi dipersenda, Moustafa bagaimanapun menghadapi cabaran lain iaitu mencari baju sesuai kerana bahagian lengannya yang luar biasa besarnya. 

Read more…

Kilat Dari Langit Bersambung Dengan Menara Burj Dubai

Ini adalag gambar luarbiasa cahaya kilat yang menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia, di dalam paparan yang menakjubkan di langit di menara Burj Dubai. Kilat menyambar Burj Khalifa Emiriah, yang berdiri di tinggi 828 meter.


Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama.


Selepas paparan menggerunkan datang ini, lihat pula gambar menakjubkan, pemandangan indah pelangi, yang membentuk gerbang atas menara tersebut.

Kerja bangunan di menara bermula pada 2004 dan ia secara rasmi dibuka pada tahun 2010.

Read more…

Kapal Mendarat Tanpa Tayar Depan!

Jadual penerbangan di Lapangan Terbang Dublin di sini mengalami kelewatan selepas sebuah pesawat kargo mendarat tanpa tayar depan semalam.


Tayar itu gagal berfungsi ketika ia mendarat menyebabkan landasan di lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Dublin berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Pesawat milik Bin Air itu membawa dua juruterbang dan kargo.

Ia menyebabkan muncung kapal terbang terjatuh di landasan sebelum berhenti.

Lima penerbangan terpaksa dilencongkan dan berpuluh-puluh lagi tertunda ekoran nahas tersebut. 

Read more…